Hmpp , masih solo lagi . bosan gila takda teman yang selalu nak text macam dulu . YaAllah , kau bagi kan lah aku kekuatan untuk bersendirian dengan lebih lama . Aku nak rasa diri ni bila tidak diperlukan oleh seseorang lelaki . Sayang aku kepada dia masih tidak padam walaupun dia bersama orang lain . Aku redha dengan ketentuan mu YaALLAH . Tahun depan aku akan menduduki PMR . Selama aku dalam tingkatan 3 . Aku berharap pada mu yaALLAH agar kau tak bertemukan aku dengan lelaki yang aku inginkan . Aku tidak lagi mahu kene marah dengan mama disebabkan lelaki . Aku tahu , setiap manusia ingin mempunyai pasangan . Tapi aku rasa terlalu banyak kekurangan diri aku untuk bersama seseorang yang aku ingin kenal dan sayang . Umurku masih panjang yaALLAH , tapi kenapa dengan umur ni aku perlukan seseorang . Kenapa aku perlukan kasih sayang seorang lelaki walaupun aku sudah dilengkapi dengan kasih sayang mama dan ayah . Aku mempunyai keluarga yang bahagia disamping aku dan mereka akan bersama aku dalam susah dan senang . YaALLAH , kau ubahkan lah sikap aku ini daripada ingin memiliki lelaki idaman :)
No comments:
Post a Comment